Friday, November 27, 2009

Ingat ingat

senang nak cari jadi letak link dekat sini. heh.
mana tau, one day, teringat balik, nak tengok balik. kan.
usaha menjadikan blog sebagai external memory. hihih





by crot.

Wednesday, November 25, 2009

what happened in vegas

yeah right. i will definitely tell you what happened if i went there! next time okay next time. haha
jadi baiklah. hujung minggu yang lalu saya, ummi, abah dan adik berehat2 di fraser hill, pahang, malaysia. yup. not vegas. xlawak azzah. ='=
BFF and worst enemy ever. haha

ummi posing bersungguh2 ikut arahan photographer

:)
jumping2. itu abah saya. adik xpandai amek gmbr saya tengah lompat. ha memang kutuk adik lagi ni haaaa

abah kata x semua event dalam hidup tu kita ingat. nope i believe. bukan semua. saya ingat masa kami satu family pegi port dickson without a proper plan pon. siap xdapat hotel lagi. tapi spent time sama2 duduk tepi pantai, tunggu sunset and talked. saya ingat balik kelantan cramped dalam kereta dengan along yang berkaki panjang, adik dan saya di seat belakang. tu antara momen yang saya ingat kalau bercakap pasal spending time together dengan abah ummi along adik. oh fraser hill will be one of it abah. dont worry. heh. abah asyik tanya how was the trip. nak tahu berbaloi tak. hehe. berbaloi baloi! the missing part is just along. next time along yep! :)

thank you ALLAH. i couldnt ask for more.

Wednesday, October 21, 2009

how can i not love you

hah title dah jiwang. please prepare a puke bucket di sebelah jika mahu terus membaca.

we have been together for almost 5 years,
but it always been a long distance relationship.
so together is not the word no?

and i am always thankful for that.
because now, we have something to look forward to. inshaAllah.

and today, i received this parcel all the way from japan.
and tell me, how can i not love him more each day?:)

i miss his hand writing.


Friday, October 16, 2009

ummi sayang

oh hello again
i love writing.
i love it more during examinations.

alasan untuk melambatkan study.
so please come visit me more regularly this few weeks.
haih.

during the raya break, i figured out something.
about my dearest ummi.
so it start like this one day.

saya : eh nanti angah nak sambung master dekat oversea lah. nak rasa jugak duduk oversea
ummi : oh ye. habiskan degree dulu. ( respon biasa. tiada kepelikan.)

so few days after
saya : ummi nanti angah sambung belajar kat oversea kan, ummi boleh datang melancong. kan best kan.
ummi : alaaa nanti susah jumpa angah. jauh. macam lah kat malaysia ni x boleh sambung master. ( dengan nada macam dah geram ). ok ini pelik. ummi sentiasa supportive.

so i told adek
saya : adek, ummi xbagi angah sambung belajar kat oversea. dia kata malaysia pon boleh buat master.
adek : haah memang pon. hari tu ummi cakap kat adek angah sibuk nak belajar oversea padahal kat malaysia banyak je tempat.
saya: oh ummi ngumpat angah lah niiii. (ummi mengumpat??!!!)
adek : haah. dia ngadu kat adek.

okayyyyyy. so this is really weird. saya xpernah tahu ummi kisah apa saya cakap about going overseas. sebelum ini macam bo-layan je kan.

jadi saya cakap dekat abah about the same thing.
abah : memang pun ummi xsuka angah pegi oversea. masa result MARA tu ckp xlepas, ummi happy sangat.
saya : masa angah nangis berhari-hari tuh??!!
abah : aah. ummi terloncat-loncat happy. (okay abah exaggerat). dah doa2 bagi xdapat. sebab takut angah jauh. doa ibu kan makbul.
saya : ummi doa angah xdapat eh??!!
ummi : x, ummi doa dekat Allah,kalau dalam malaysia lagi baik untuk angah, biarlah xdapat yang MARA tu. (okayyyyy....) ummi masa ni dah mengelak2 nak jawab.

apakah?? i dont know this! i never know. ummi, masa saya menangis MARA xnak hantar saya pegi new zealand ( sapa suruh jawab interview x bagus) adalah the one yang pujuk and seems like really memahami kesedihan saya. macam nak nangis sama dah masa tuh. this ummi??!!

ummi bila dah tahu saya tahu, macam nk mengelak je saya tanya. i dont know what do you guys think about this, but for me, it is a relieved. lega.

being in mrsm, dengan kawan-kawan semua cemerlang terbilang, going here and there after spm. saya rasa rendah diri sangat. dan cemburu. ini adalah perkara yang selalu buat saya berfikir, what if, saya study lebih untuk kimia, dan dapat A, for sure i have more choice nak apply. what if, saya practice sebelum pergi interview, dan take it more seriously, mungkin dengan izin Allah saya bukan di UKM sekarang.

having a cousin yang merupakan senior mrsm saya, kak dila, doing dentistry dekat aussie, buat saya rasa rendah diri lagi. but yet im proud of you kak la!!:)) -dengan harapan i can get free treatmnets somedays.hik!-

dan i thought! i thought my parents rendah diri jugak dengan saya.
ummi dan abah both, cikgu, abah cikgu mrsm lagi, tapi anak-anaknya (read : anak-anaknya :p) x lebih dari mereka. biasa-biasa saja masuk university doing degree like they did.

saya selalu rasa if saya dapat sambung degree di oversea, ummi dan abah akan lebih bangga. bagitahu sanak saudara pun sedap kan. and the dream goes on lah.. (saya tahu riak itu berdosa)

but now, selepas peristiwa itu berlaku, saya senyum sampai telinga. oh ummi!
kalau lah ummi bagitahu awal2 yang ummi nak angah belajar dekat sini! kan senang!!!

its not like im serious sangat about going to continue my master abroad. degree pon rasa lambat nya nak habis!!macam cuma cakap2 kosong. untuk mengurangkan rasa jeles saya terhadap kawan-kawan yang berada merata-rata. untuk meyakinkan diri sendiri yang i still have chance to do that. heh.

ummi saya ini, never says no. 'ikutlah' is her best answer. always being supportive, sampai saya kadang2 harap ummi boleh tolong saya dalam buat keputusan. bukan sentiasa menyokong dan angguk.
sebenarnya this ummi of mine, dia xnak anak2 terasa, xnak anak2 sedih bila dia cakap no. tapi just so that you know ummi, a little no here and there wont hurt me. :)

i always thought i know what ummi thinks, tapi kali ini saya tersilap. ummi sayang saya. ummi x malu dengan saya. pheww! what a relieved!!!:))

oh hey, saya bersyukur saya disini. dapat jumpa mereka selalu. :) saya rindu nak peluk abah dan ummi.:(

i wish, dear ummi dan abah, i did make you proud some other ways.


Thursday, October 15, 2009

dah makin tua

apakah tanda2 semakin tua?
apart from having kedut2 dan sakit lutut (which saya belum mengalami. haha)
saya baru berusia 21 tahun and yet, saya rasa sudah tua (sedikit)
of course i cannot be older daripada umar ubaidi sebab dia memang tua. tua in term of matang actually which i adore so much about him. tsk.
ok2 abaikan kejiwangan. berbalik kepada yang asal.

peperiksaan duniawi (menambah perkataan duniawi supaya kelihatan tidak terlalu penting) bakal tiba dalam masa 12 hari, bermula hari ini.
dan saya ada 3 hari paper berturut2 yang sangat kejam secara psikologinya.

and i wonder
kenapa saya x serajin zaman mrsm. bila exam datang bersungguh2 lah study. walaupon result xde lah bagus mana. tapi rasa exam tu ada. you know, the staying up late, nescafes, dan perasaan memahami sesuatu tu. kau dah chapter berapa weh?? ha soalan lazim. haih rindu sekolah. rindu zaman gemilang terbilang b4 masuk mrsm. haha

kenapa saya xserajin zaman matrikulasi.which i study hard. siap boleh explain to others. semua tutor buat sendiri! hhuhu.

kenapa kenapa. this. yang buat saya rasa semakin tua. my brain macam dah xnak faham belajar2 ni dengan pantas. sampai saya selalu give up dan bukak facebook.( haha). ~you can put the blame on face book. you can put the blam on facebook~

jadi, Ya Allah saya tahu saya malas. saya tahun saya xfokus. tapi 12 hari terakhir ni, bagi balik semangat belajar saya. bagi balik fokus saya. bagi balik kecepatan pemahaman saya. amin amin.

typical joke bila study ramai2 lepas tu xpaham : nak kawen nak kawen!!

on the other hand : oh this few days saya selalu rasa nak kawen. tetapi saya tahu! semua orang pun cakap, study lagi best dari kerja + kawen with all the tanggungjawabs. so yes, saya xnak rugikan masa yang ada ni. xnak regret nanti. gigih gigih.- tapi nak kawen.T_T

OMG doesnt my exam days look yummy?!!T_T
inilah yang dilakukan bila mana sepatutnya study tapi mood belum datang. maafkan tahap kreativiti masih di takuk darjah 4. haha. better dari darjah satu at least!!


masa tengok2 gambar, saya terserempak dengan gambar lilin kesayangan ummi di rumah ketika blackout. so yeah, konon2 melambangkan burning the midnight oil. tsk

oh ini gambar mengada-ngada ketika hari presentation integrated project.

kehadapan rakan-rakan sedarjah : Semoga Allah permudah kan peperiksaan kamu dan saya.:))

Saturday, September 26, 2009

mestilah cerita raya

apakah aidilfitri untuk anda??
secara islamic nya, hari gembira menyambut kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa dan melawan nafsu.
secara malaysia nya, lots of food, meeting families and old friends, balik kampung, baju raya baru. kan?
masa inilah nak jengah rumah orang tanpa serba salah. makanan ada, rumah tersedia.

tahun ini raya saya sempurna.
along belum kahwin jadi masih bersama kami. heh

solat sunat aidilfitri di manjung perak
bertolak ke kelantan petang itu.
tiba lewat malam.
kepada siapa yang belum maklum, i love kelantan.
it feels like home. macam bila balik, rasa rindunyaaaaa.
tambah2 sepupu di sebelah abah semua hampir sebaya.
jadi seronok lebih.:)

hari raya kedua beraya rumah sedara mara.
dan 2 org rakan dari ukm datang. yang tinggal di kelantan.
murid2 abah pun datang.
it feels like raya compared to berada di manjung
sebab manjung kami xde kawan. semua sekolah kat lain.
balik untuk semester break sahaja. kan2.
lewat malam itu ke kb. abah jumpa kawan sekolah dia.
excited tgk kb yang dah lain. ada parkson pulak dah!
harap2 satu hari nanti boleh bercuti nak round2 kb pulak.
haih rindu zaman sekolah.:(

raya ketiga lepas ziarah2 lagi, bertolak ke kajang.
sampai kajang pukul 3 pagi. rasanya.
kesian abah drive seorang.
along tinggal di kb. nak bercuti katanya.

raya keempat ziarah saudara sebelah ummi.
ada dapat duit raya sikit even dah besar. ngehehe.

raya ke 5 balik manjung lepas drop by adek di nilai.
dia exam on saturday.
so here i am at home.
boleh je nak balik hari khamis tu tapi sekejap sangat dok rumah.
xcukup
hehe
besok balik ke ukm insyaallah

malas yang amat. membayangkan hidup penuh assignments, tutorials dan projects akan bermula balik selepas ini.:(
ya Allah kuatkanlah hamba mu nak habiskan degree ni.

bila mengadu dekat abah, abah kata,
cuba bayangkan angah hidup Allah bagi 60 tahun.
cuma setahun setengah ni lagi je nak belajar.
it make sense. sikit lagi 'Azzah Nazihah. insyaallah.

well, ceh ceh. saya tahu biskut cornflake madu senang sangat nak buat. tapi disebabkan tahun ni first time buat atas permintaan, saya bangga lah bila orang puji. haha
walaupun x memerlukan apa2 skill nak buat kan.ngehehe.
buat lagi satu batch adik pesan.:) proud momma. hahahhaa *perenggan ini hanya bertujuan memberitahu biskut saya dipuji orang. T_T*

thats all. rambling on raya celebration.
dah beberapa kali nak menulis. tapi tertangguh2. blame the lecturers for tons of assignments. haha.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan saya jika terkecik hati terkasar bahasa terpukul di mana-mana terkutuk dengan tak sengaja (yeah right!)
Puasa sunat 6 weyyyyy.:))
here are some pictures of my loved ones and me.:D

ini ummi dan abah.:)
ini abang long saya

ini saya. teeheee~~~

ini adek saya

ini mok.:)

ini atuk. raya pertama tanpa nenek.:(

ini bindi (ye ye gmbr saya lagi besar. ngehe)

itu yang sebelah kanan sekali tu sahal sepupu saya.

ini tini dan nashriq dengan adek2 tini. time kaseh datang.:)

:)

ini mok dengan anak dan cucunya

the girls

lebiu toooo

sekian cerita raya.:)

Thursday, August 6, 2009

Peperiksaan dan Pangkor


saya ada dua peperiksaan menunggu

1. yang pasti tarikh nya. dan insyaallah debaran saya makin dekat makin kuat. sebab saya tahu bila. dan sekurang-kurangnya saya boleh bersedia. mid-term exam yang akan mula dalam minggu depan. tarikh belum keluar. walau belajar tunggang langgang, sekurang-kurangnya saya tahu dia datang.


2.oh tarikh yang tak tentu. besok mungkin. tahun depan juga mungkin. mati. saya langsung xbersedia.tapi peperiksaan ini pasti. datang bila masa xterduga. kan?

minggu lepas minggu yang sangat tough. memang masa terisi penuh. tiada tidur petang. tahniah! dan hujung minggu saya ke pangkor. walaupun banyak xpuas hati dengan servis agen, saya gembira banyak sebab dapat rapat-rapat dengan kawan-kawan.

saya xtahu dayah selawak itu.

saya xtahu iki boleh di bawak bergurau,
saya xtahu jeme ni baik hati juga,
saya xtahu pali tu pikachu,

saya xtahu amar kuat merokok!!,

saya xtahu saya boleh bersembang dengan rabiah pasal lelaki idaman,

saya xtahu madia sangat comel aksinya sampai saya rasa nak cubit2 sebab geram,
saya tahu ina penyayang tp sy bertambah sayang dengan dia,
saya xtahu seronok bermain air dengan edah okay!,

saya xtahu lijo itu sengal ubi juga,
saya xtahu sheik amirul tu tahap lawak sepastik dia melampau,
saya xtahu saya boleh berlawak-lawak dengan dev dan saya respect dia sebab dia x kekok walaupun seorang sahaja indian disitu,

saya xtahu imah kecik xpernah pergi camping dan sangat comel bila dia teruja tapi takut nk mencuba,
saya xtahu tirah tu banyak juga celotehnya,
saya xtahu crot ada soft side nya. (tertinggal maaf crot. terima kaseh gambar2)

saya suka imah besar yang sporting habis,

saya gembira syuhada caring dengan saya,
dan yang paling saya gembira tentulah mandi dan tidur dengan dua sahabat saya, wawi dan intan. penuh kasih sayang wehh.haha


oh, saya baru tahu main uno. dan berjaya uno game sekali. pffttt.
saya ahli kelab pemain paling lama bertahan. presiden dayah okay.
haha

saya dah hebat apungkan badan. dan dah boleh la berenang dua tiga langkah. tsk


saya dah pandai snorkeling. kat laut yang agak dalam jugak.


dan mungkin, di sebalik segala busuk yang berlaku, sebenarnya kita boleh pilih, untuk kategorikan pengalaman kita gembira atau sebaliknya. dan saya pilih untuk buat ia jadi manis. hari ini, saya teringat-ingat bermain uno, makan dan mandi-manda dengan mereka. manis bukan?:) nyum nyum

singgah makan dkt m ghulam rasul. haha ingat weh
(crot)

okay peace peace
(crot)

atas feri.:)
(crot)

kami nampak sangat kurus.
(crot)

solat maghrib berjemaah. haha
(ina)

the girlsss
(ina)

tapi memang xpuas hati lagi dengan abang yang makan duit kami tuh! haha.